aku tak tahu nak cerita macam mane, aku telah buat masalah pada orang lain dengan mulut aku ini. niat aku cuma ingin buat yang terbaik, tetapi aku telah silap. aku telah menambah masalah buat orang lain. aku tak tahu macam mane nak selesaikan masalah ni, aku tahu aku memang teruk dalam berkata-kata. mungkin semua ni memang silap aku. aku berdoa agar semua baik-baik sahaja. terlalu perit ape yang aku lakukan ini. aku membuat orang membenci pada aku dengan kata-kata yang telah aku kata ini.
dalam tidur aku semalam, telah datang satu mimpi di mana atas kesilapan yang telah aku lakukan ini ader seribu rahmat. rahmat yang aku sedar aku akan di benci oleh mereka tapi dalam masa yang sama dengan perbuatan aku, mereka semua akan lebih erat. ku memohon pada yang Esa, agar jangan di datangkan masalah buat mereka. biarlah aku yang menanggung derita kerna semua ini adalah silap aku sendiri.
Ya-allah, aku mohon pada mu berilah mereka kedamaian dan kebahagian. aku bersumpah dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kejahatan mulut dan nafsu amarah aku ini. jauhkanlah aku dari segala sifat-sifat buruk yang telah aku lalukan semalam.
aku tak tahu nak luahkan macam mana lagi, tapi aku sedar dalam keperitan masih ada kebahagian untuk semua. insya-allah...
aku berjanji aku takkan ulangi lagi sifat ini, biarlah berakhir sudah jalan cerita. hidup masih perlu diteruskan. aku mahu buka buku baru jalan hidup aku. aku mahu ubah corak hidup aku. biarlah yang terbaik dan paling layak untuk diri aku.
p/s :- aku mohon maaf atas kesilapan jahat mulut aku ini buat mu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cerita ko luahkan ni sama cam blog aku. Tajuknyer : Kuasa Mulut or Kuasa Bibir.
Ko .. Selamat Blogging !
Post a Comment